bel nak cerita ni...Selama Bel menjalankan Latihan Industri kat sebuah organisasi ni, ramai yang Bel lihat mudah 'pancit' terutamanya awal pagi dan selepas makan tengah hari.
Salah satu sebab nya adalah KENYANG! syok sangat makan tengah hari kan... antara sebab lain mudah ngantuk semasa bekerja ialah :
1. Kurang Tidur
- Kurang dari 8 jam masa tidur boleh menyebabkan badan tidak cukup untuk berehat selepas seharian bergerak. ini menyebabkan individu tersebut mudah rasa mengantuk.
2. Tidak mengambil sarapan pagi
- Pengambilan sarapan pagi adalah sangat penting sebelum melakukan aktiviti seharian. sebab nye sarapan pagi boleh membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
3. Kurang Oksigen
- kurang oksigen dalam badan disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak terlalu banyak, ini menyebabkan badan mula rasa malas, mudah penat dan cepat mengantuk
4. Kurang Komunikasi
- Menurut Bel., kalau kurang komunikasi boleh menyebabkan kita kurang aktif.. contoh komunikasi tu, macam berbual dengan rakan sekerja,maksud nya 'take 5' kalau dah penat sangat nak selesaikan kerja. sekurang2 nya topik menarik yang dibualkan tu membolehkan kita lebih aktif.
5. Kurang Pengambilan Air
- Kurang pengambilan air boleh menyebabkan otak kita tidak aktif. banyakkan minum air terutamanya jika anda bekerja di tempat yang berpenghawa dingin. 'Air-cond ni boleh menyebabkan kita hidrasi dengan mudah. so banyakkan minum air supaya badan sentiasa aktif berproses termasuk skali dengan otak kita.
No comments:
Post a Comment