Thursday 20 August 2015

Cara Rawat Tumit Kaki Merekah

Hi! Bel is back! hehe.. Hari ni Bel nak cerita benda yang salu kita runsingkan especially perempuan iaitu pasal Tumit Kaki Merekah. 

Bila cerita pasal tumit kaki merekah ni.. memang rasa malu terutamanya bila nak pakai kasut tumit tinggi @ high heels ataupun wedges. 

Rupa tumit kaki merekah.. memang menyeramkan!

Antara sebab-sebab berlakunya tumit kaki ni merekah ialah:


  • Berdiri terlalu lama terutamnya menggunkan kasut dan selipar terlampau tinggi dan rata sehingga x dapat menampung berat badan
  • Kulit kaki terlalu kering
  • Kerap berjalan
  • Sensitif pada lantai simen / jubin @ mozek

Terdapat juga petua-petua yang bel nak kongsikan dengan korang.


  • Petua 1 : Basuh kaki dengan air suam, lepas tu masukkan garam ataupun asam jawa kemudian rendam kaki dalam air tu tadi. Lap kaki menggunakan kain kering. Amalkan 4 kali seminggu.

  • Petua 2 : Hiris kulit betik dan ambil getah daripada kulit betik tu, sapu pada tempat yang yang merekah tu. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas kaki, Amalkan 2 kali seminggu.

Tapi Bel ni kan malas sangat nak guna benda mcm ni, sebab habis kelas memang penat. So, Bel guna ni je. lebih cepat dan boleh dibawa kemana - mana je..


Ni la Bel guna... Herbal Blend  

Herbal Blend ni kira krim serbaguna. Disamping boleh merawat tumit kaki merekah, ia boleh merawat ruam di badan, gatal2 dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Bestnya Herbal Blend ni ia bebas dari PARABEN. 




Perubahan selepas menggunakan Herbal Blend





Ia juga boleh dijadikan losyen untuk kegunaan harian.






Ini merupakan kebaikan Herbal Blend 


Harga untuk Herbal Blend ni hanya RM 29.15 je. Sangat berbaloi dan boleh diguna untuk jangka masa yang panjang sebab kita pakai ni sikit je pun dah berkesan.


Bel pasti korang pun pasti teruja sebab Herbal Blend ni mampu menyelesaikan masalah korang. Hubungi Bel untuk maklumat lanjut.








   

Saturday 15 August 2015

Cara Hilangkan Parut

Hi semua.. Selamat berhujung minggu. Hari ni Bel bersyukur kepada tuhan kerana diberi peluang melihat dunia dan berpeluang menulis untuk pembaca blog Bel ni. Hari ni Bel nak ceritakan tentang PARUT. Ada apa dengan PARUT?


Bila sebut tentang parut ni, ramai yang bingung nak guna apa untuk membuang parut ni. Parut yang paling kita tak suka nak tengok bila ia nya ada kat muka, lengan dan kaki. Boleh dikatakan seluruh badan la tak suka berparut kan? Kira  ya macam ni la keadaan yang kita tak suka kan??


 




Pelbagai petua ataupun cara yang kita boleh guna untuk membuang parut ni. Bel ingin kongsikan beberapa cara untuk membuang parut ni : 



  • Timun : Korang ambil timun dan tomato, kisarkan kedua-dua. Kemudian tapiskan kedua-dua tu tadi dan minum.Korang jangan buang tau hampas tu tadi. Hampas tu tadi korang letak la kat tempat yang berparut tu. Amalkan seminggu sekali, memang akan nampak kesannya.

  • Lidah Buaya @ Aloe Vera : ambil Lidah buaya yang segar dan bersihkan. kopek kulit dan sapukan lendir pada bahagian yang berparut. Lidah buaya ni juga sesuai untuk mengurangkan jerawat, sebab Bel dulu memang berjerawat. Bila dah guna ni nampak surut dah jerawat, yang best nye lidah buaya ni ianya sejuk bila diletak di muka. Best sangat! hehe!

  • Ubat Gigi : ok, yang ni dari zaman dulu-dulu memang dah guna. selalunya kalau melecur memang terus sapu dengan ubat gigi kan. Hehe.. ubat gigi ni juga boleh memudarkan parut. 

  • Tepung Ubi : Ambil tepung ubi bersama dengan serbuk kunyit, campurkan. Lepas tu korang sapu je kat kawasan berparut tu.

Ok.. yang tu tadi cara tradisional kata kan. tak da masa nak buat macam tu? Payah nak cari bahan-bahan yang Bel bagi tu? Nah.. Bel bagi benda yang memudahkan korang....

Taaaaaaaaddddddddddaaaaaaaaaaa.................................


Vit E dari Shaklee





Ini merupakan kandungan yang ada dalam Vita-E Complex Shaklee


selain daripada tu, banyak juga peranan Vita-E Complex ni.


Nak tahu harga nya??

Vita-E Complex : RM 157.94 (120 Kapsul)

120 kapsul = TAHAN 4 Bulan???? Wow! dengan harga macam boleh tahan lamanya makan Vita-E Complex ni dan yang pasti semua suplemen dari Shaklee ianya SELAMAT dan bebas dari bahan kimia.

So, apa tunggu lagi? Hubungi Bel untuk dapat Harga Kasih Sayang.









Wednesday 12 August 2015

Cara Atasi Migrain

Hi! bersua kembali. Mendung di petang hari ni pandai mencurah-curah pulak idea Bel. Hari ni Bel nak bagitau cara mengatasi migrain.

Setiap orang pasti akan mengalami sakit kepala. Kadang-kadang kita akan mengalami sakit pada keseluruhan kepala, ada juga mengalami sebahagian daripada kepala kita yang biasanya kita panggil Migrain. Kita ketahui dulu antara sebab-sebab korang slalu rasa pening kepala ataupun Migrain.




Antara Sebab-sebab mengalami Migrain

1. Pola Makanan dan Minuman

Contoh makanan yang boleh menjurus ke arah Migrain adalah :
  • Keju
  • Makanan masam seperti jeruk
  • Kacang
  • Kafein yang berlebihan 
  • Alkohol

 2. Tekanan Stres

Tekanan stres juga boleh dijadikan punca utama Migrain. individu yang tidak dapat mengatasi Stres dari segi emosi, kerja atau apa yang berlaku di sekeliling juga boleh mengakibatkan Migrain berlaku.


Cara Mengatasi Migrain

Pengambilan suplemen boleh membantu korang mengatasi migrain. Oleh itu, Bel sarankan korang ambil : 


  • B Complex

Terdapat 8 B Complex yang boleh mengatasi masalah anda selain Migrain. Dengan mengandungi B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin ia boleh diambil secara sekaligus dengan pengambilan B complex ni. Ia tiada bahan SINTETIK. Ia nya SELAMAT dan SEMULAJADI!




B Complex ni ada 120 biji dan boleh bertahan sehingga 4 BULAN!

Nak tahu harganya? Nah.. Bel bagitau je la. Harga B Complex satu botol ni hanya RM 56.98! Murah kan???? Nak kenal B complex ni dengan lebih lanjut, sebarang pertanyaan boleh la tanya kat Bel ni. Bel sedia membantu mengatasi masalah anda. 




 

Thursday 6 August 2015

Tips Menabung Cara Bel

Hi semua.. Apa Khabar? Moga semua nya sihat. Hari ni Bel nak kongsikan satu tips menabung berdasarkan pengalaman bel la. hehe.. ni boleh dikatakan cara bel menabung. (walaupun cara ni ramai yang dah cuba. hehe!!)



Bulan ni pasti ramai nak tunggu gaji.. maklum la bulan lepas ada yang terima gaji awal lagi tu kan sempena Hari Raya. Tapi ada kawan-kawan Bel terima gaji hujung bulan juga bulan lepas, tapi still juga tak dapat nak manage kewangan. So Bel plan nak share juga idea menabung Bel ni kat diaorang dan korang semua.


1. Sampul Surat

Bel menggunakan kaedah "Sampul Surat" untuk menabung ni sebenarnya.. Ada apa dengan Sampul Surat? salu nya surat yang diletak dalam sampul. Bel ni plak letak wang dalam sampul. Bel buat macam ni, setiap kali Bel terima income dari bisnes Bel dan juga Part-time job, Bel akan keluarkan semuanya dari bank. lepas tu, Bel akan tulis kat setiap sampul surat Bel tu kemana arah tuju wang dalam sampul surat tu. Sebagai contoh untuk membeli keperluan diri  dan sampul untuk petrol juga. kalau bulan tu mmg dah target nak beli barang juga letakkan ke dalam satu sampul juga. Make sure dah tahu setiap harga barang yang dibeli tu. Kemudian letak satu lagi sampul khas untuk simpanan. part sampul ni memang wajib buat tau! Simpanan tu bel akan simpan kat satu tempat, bila dah banyak baru Bel letak dalam akaun bank. Biasanya Bel akan letak dalam akaun yang Bel jarang guna dan jarang jumpa ATM dia.. hehe! Kalau tak pun letak je dalam ASNB kalau dah akhir tahun (dapat juga dividen lebih ye tak?? hehe...)

Korang labelkan setiap sampul tu berdasrkan jenis bayaran atau keperluan korang.




Korang pun boleh buat dalam bentuk botol juga. :-)



2. Tabung Duit Syiling

Simpan duit syiling ni memang dari umur 5 tahun Bel dah biasa buat sebab ibu bapa Bel memang didik adik beradik Bel untuk menabung. Terus terang Bel katakan cara Bel ni agak berkesan juga. kalau buat pembayaran dalam membeli barang kat pasar atau supermarket, kalau kat kaunter diaorang minta duit syiling untuk genapkan pembayaran kita tu, cakap je tak de. at least dari satu duit syiling kita dah boleh mula kumpul. biarpun haraga barang tu RM10.10, Bel tetap bagi RM11.00 at least dapat juga 90 sen tu. hehe!! Sekarang ni banyak Bank yang menggunakan Mesin mengira duit syiling. biasanya Bel hantar duit syiling ni dan masukkan ke dalam akaun Public Bank. Sebab kat situ kiranya tuang kan je duit syiling kat mesin tu,tak perlu asing sebab mesin tu boleh detect kita punya duit syiling tu. Letak no akaun dan terus dimasukkan kedalam akaun bank kita pada hari yang sama. Kiranya Self-Service / Layan Diri la tu. Bel pernah kumpul duit syiling dalam masa 3 bulan lebih dan semua nya RM430. Bersinar-sinar mata bila tengok duit. hehe!!


3. Kumpul Not RM5

Biasa nya nak simpan duit lain agak sukar sebab kita akan selalu tengok kan? contoh nya RM1 memang payah la nak simpan. haha! Tapi dengan not RM5 Bel akan sentiasa simpan bila ada kat dompet Bel. Not RM5 ni bila simpan banyak2 macam seronok la pulak. Pantang tengok not RM5 terus simpan kat satu tempat. Biasanya bel akan buat tabung khas untuk not RM5.



So, sampai ni je Bel nak share kat korang semua tips menabung. kot2 berkesan la ye tips ni kat korang semua. hehe! ye la kan tak la kita pokai sangat kalo dalam situasi sekarang ni yang lama nak tunggu gaji ni, boleh la guna simpanan tu sikit tapi jangan sampai boros. Sekarang ni memang perlu buat simpanan, untuk masa depan. Semoga lebih berjimat cermat. Biar gaji kita sikit, asalkan ada menyimpan. Selamat Menabung!