Bila sebut tentang Sarawak, ramai yang mengatakan banyak tempat yang unik dan menarik perhatian pengunjung.Kuching merupakan bandar yang pertama diiktiraf sebagai bandaraya di negeri Sarawak. salah satu tempat yang menarik yang ada di Kuching dan semestinya semua penganjung harus pergi ke situ iaitu Tebingan Kuching atau lebih dikenali sebagai Waterfront Kuching. Waterfront Kuching terkenal dengan sampan yang boleh membawa anda ke seberang sungai tersebut. Disitu juga pelbagai Kek Lapis Sarawak dijual. Terdapat juga bot-bot lain seperti bot ekspress dan juga River Cruise yang menjadi tarikan orang ramai
Sampan yang digunakan untuk menyeberang sambil menikmati panorama sekitar Kuching |
Sekarang Kuching di hebohkan kedatangan 'anggota air' yang baru iaitu sebuah bot yang sangat comel yang pasti menarik perhatian para pengunjung dan warga Kuching sendiri.. Ia dikenali sebagai Ooha Chill Donut Boat.
Ooha Chill Donut Boat ini disedia kan sebanyak 6 buah untuk para pengunjung. 1 Bot muat untuk 8 orang dan dilengkapi dengan jaket keselamatan |
Soft launching telah dilakukan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais. Beliau menyatakan pembuatan ini merupakan salah satu konsep dari negara China. Beliau menyangka bahawa ia akan menjadi tarikan yang indah untuk aktiviti-aktiviti di Kuching. Perkhidmatan ini menawarkan pemandangan yang indah kepada tempat-tempat yang menarik dan unik, seperti bangunan ikonik dan bersejarah di sepanjang Sungai Sarawak.
Pada 2 bulan lepas, saya dan kawan-kawan sudah mencuba Ooha Chill Donut Boat ni. Sangat best sambil diiringi lagu dan pemandu boat tersebut sangat lucu dan ramah.
Sebelum memulakan pelayaran.. hehe.. |
dengan api yang berkelip2 |
Meja bulat disediakan untuk anda menikmati snek-snek yang disediakan. masa ni belum ada lagi disediakan snek tu. hehe |
Promosi bulan ini!
Sempena Hari Merdeka |
Dapatkan RM 15 baucar tunai dengan setiap pembelian RM 95 ke atas di mana-mana kedai di Vivacity Megamall |
Phone : 082 - 252131
Fb Page : Ooha Chill Donut
Instagram : http://instagram.com/oohachilldonut
Waktu Operasi : 04:00pm - 11:00pm
Sumber : Borneo Post ( http://www.theborneopost.com/2016/06/18/donut-boat-rides-to-become-next-tourism-attraction-on-sarawak-river/ )
No comments:
Post a Comment