Saturday 14 March 2015

Cara nak jadi Ahli Shaklee


     Hai.. apa khabar semua? setelah sekian lama Bel tak post entry sebab sibuk dengan assignment. Maklum la lumrah hidup seorang pelajar. Memandangkan hari ini Bel tak sibuk sangat.. Bel nak bagitau macam mana nak jadi salah seorang daripada ahli Shaklee atau Pengedar Sah Shaklee. 

     Ok... sekarang ni Shaklee menjadi bualan orang ramai hinggakan ramai yang membeli mengikut Set yang mereka nak dan ramai juga yang beli lagi. Daripada kita membeli lagi alangkah baiknya jika kita jadi salah seorang daripada ahli shaklee atau pengedar sah shaklee. Disamping membeli untuk diri sendiri, ia lebih jimat kerana kita dapat beli guna harga ahli dan juga dapat menjana pendapatan. walaupun pada masa yang sama ada sesetengah individu yang tidak ingin menjual produk-produk, akan tetapi setelah menjadi ahli Shaklee ni, mereka pun tak perasan yang tiap bulan diorang dapat BONUS daripada Shaklee tau dengan hanya membeli supplement Shaklee untuk keperluan diri.



     Sekarang ni, Bel nak terangkan ...

 (a) Macam mana nak daftar Sebagai Ahli Shaklee? dan berapakah bayaran untuk pendaftaran sebagai Ahli Shaklee?

(b) Apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee?

(c) Ada apa dengan Bonus Shaklee?

     


(a) Macam mana nak daftar sebagai Ahli Shaklee?


     Bayar yuran keahlian adalah sebanyak RM65 beserta caj pos mengikut kawasan anda. Untuk semenanjung RM10, Sabah dan Sarawak sebanyak RM 20. Selepas pembayaran, Bel akan daftarkan anda secara online.(hanya menggunakan teknologi sekarang je bila mendaftar)  Dalam 2-4 hari bekerja, member kit akan dihantar pada anda mengikut alamat yang diberi.  Sangat cepat dan pantas kan? Dalam masa yang sama,  Bel akan berikan login ID dan password anda untuk akses ke akaun Shaklee online anda dan tahniah! anda sudah menjadi ahli keluarga Shaklee sekarang !



(b) Apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee?

 

 # Dapat Harga Ahli


     Apabila  dah jadi ahli Shaklee, automatik kita akan dapat harga ahli. Beza harga ahli dan harga runcit biasanya 20-30%. Jadi disini kita dah save. Bel tahu, ramai juga yang bukan ahli tapi dapat beli pada harga ahli daripada pengedar, malah ada dapat harga lagi rendah daripada harga ahli ! Buat pembeli saya nak pesan berhati-hati ya, kadang kala harga rendah ni mungkin sebab vitamin tersebut sudah melebihi tarikh luput (expired). sekarang ni pun sesetengah daripada pengedar shaklee yang mengatakan "konsultasi dan jadual pengambilan diberi secara percuama" tetapi selepas pembelian dibuat, segala cara pengambilan dan cadangan tidak diberikan dan  pembeli diminta untuk merujuk  pada label dan dia lari begitu sahaja.  Sebenarnya setiap vitamin ada cara makan yang berbeza-beza.  Bahaya kalau makan tak ikut aturan sebenar, jadi berhati-hati dengan tawaran  murah dan promosi 'durian runtuh'.
     Bel ingin tekankan disini bahawa  Shaklee sekarang dah semakin tegas. Harga ahli HANYA untuk ahli sahaja. Kalau Shaklee dapat tahu mana-mana pengedar yang menjual lebih rendah dari harga pengedar (harga ahli), keahlian anda akan digantung dan kemungkinan besar terus dibuang. so, berhati-hati la ye, fikir dulu sebelum bertindak. 

# Beli Produk Shaklee Secara 'Online'.

    Beberapa tahun lepas, Shaklee telah meningkatkan lagi dengan sistem pesanan secara 'online'. Jadi kita boleh buat tempahan  hanya dalam talian dihujung jari. Tak perlu nak pergi ke branch lagi. Kiranya Shaklee buat ni untuk jimatkan masa pengedar-pengedar. Jadi jimat masa, tenaga, minyak, tol untuk kereta kita. Bukan setakat order online, nak buat pendaftaran ahli pun online, nak cek bonus, pengiraan UV (point) semuanya secara online. Malam-malam pun boleh order. Mudahkan ! Tak ada sebarang masalah.

# Peluang Bisnes

     Bila dah jadi ahli ni peluang untuk berniaga pun terbuka luas. Shaklee menawarkan imbuhan yang menarik berdasarkan usaha yang kita lakukan. Makin kuat kita usaha semakin besar la ganjarannya. dalam Shaklee ni tiada istilah orang atas 'goyang kaki, orang bawah kerja teruk'. Pandangan tu memang SALAH sama skali. Insentif diberi berdasarkan usaha masing-masing. Jika berada di atas sekalipun kalau tanpa usaha memang tak ada ganjarannya dan jangan hairan kalau irang yang berada dibawah boleh naik daripada anda yang diatas. itu semua adalah USAHA.

 (c) Ada Apa dengan Bonus Shaklee?

     Shaklee telah menyediakan pelbagai jenis bonus khas buat pengedar-pengedar Shaklee yang mempamerkan usaha mereka. Dibawah ni merupakan bonus-bonus yang ditawarkan oleh Shaklee.
       (i) Cash - bonus tunai bulanan
      (ii) Car Bonus - dapat kereta baru atau buat bayaran pada kereta yang sedia ada.
     (iii) Convention - percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya 100%                ditanggung oleh Shaklee. Kita datang bawa badan sahaja termasukla Pakej Umrah (khas untuk             Pengedar Shaklee yang beragama Islam).

 Ini merupakan antara kelebihan-kelebihan menjadi Ahli ataupun Pengedar Sah Shaklee.

     Ini saja informasi yang Bel dapat berikan untuk entri kali ini iaitu langkah - langkah bagaimana nak menjadi ahli shaklee , kelebihan menjadi Ahli Shaklee dan juga Bonus yang diperoleh setelah menjadi ahli Shaklee. sudah ada rasa berminat  tu, jgn tunggu lama-lama, cepat-cepat daftarkan diri anda sebagai ahli biarpun ianya untuk pembelian sendiri. Kebaikannya anda akan rasa sendiri. Hubungi Bel dan Bel akan  uruskan pendaftaran keahlian anda hari ini ! 





Tuesday 3 March 2015

Cara Mencegah dan Merawat Denggi tanpa menggunakan ubat



     Hi.... Apa Khabar? Semoga pembaca entry Bel ni sihat semuanya. Hari ni Bel nak cerita pasal Denggi. Denggi ini boleh dikatakan menjadi isu utama di negara kita. 

     Berpandukan statistik sebanyak 43 kematian akibat demam denggi dicatatkan di seluruh negara pada bulan lalu berbanding 16 kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu. Angka ini sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan jumlah kematian yang ketara disebabkan denggi


 

Tonton video ini untuk mengetahui rawatan yang sesuai diambil oleh individu yang menghidap demam denggi.

 from iReach HD on Vimeo.



Apa itu Demam Denggi?


     Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

     Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.


Tanda - tanda menghidap Denggi

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Langkah Penjagaan yang boleh diambil untuk membanteras Denggi

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
  • Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:


  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Hubungi  saya di talian 014-9942176 untuk mengetahui suplemen yang sesuai untuk diambil jika terkena demam denggi ini


Sumber :
http://www.astroawani.com/topic/denggi/news
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/17