Tuesday 3 March 2015

Cara Mencegah dan Merawat Denggi tanpa menggunakan ubat



     Hi.... Apa Khabar? Semoga pembaca entry Bel ni sihat semuanya. Hari ni Bel nak cerita pasal Denggi. Denggi ini boleh dikatakan menjadi isu utama di negara kita. 

     Berpandukan statistik sebanyak 43 kematian akibat demam denggi dicatatkan di seluruh negara pada bulan lalu berbanding 16 kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu. Angka ini sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan jumlah kematian yang ketara disebabkan denggi


 

Tonton video ini untuk mengetahui rawatan yang sesuai diambil oleh individu yang menghidap demam denggi.

 from iReach HD on Vimeo.



Apa itu Demam Denggi?


     Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

     Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.


Tanda - tanda menghidap Denggi

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Langkah Penjagaan yang boleh diambil untuk membanteras Denggi

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
  • Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:


  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Hubungi  saya di talian 014-9942176 untuk mengetahui suplemen yang sesuai untuk diambil jika terkena demam denggi ini


Sumber :
http://www.astroawani.com/topic/denggi/news
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/17


No comments:

Post a Comment