Thursday 20 August 2015

Cara Rawat Tumit Kaki Merekah

Hi! Bel is back! hehe.. Hari ni Bel nak cerita benda yang salu kita runsingkan especially perempuan iaitu pasal Tumit Kaki Merekah. 

Bila cerita pasal tumit kaki merekah ni.. memang rasa malu terutamanya bila nak pakai kasut tumit tinggi @ high heels ataupun wedges. 

Rupa tumit kaki merekah.. memang menyeramkan!

Antara sebab-sebab berlakunya tumit kaki ni merekah ialah:


  • Berdiri terlalu lama terutamnya menggunkan kasut dan selipar terlampau tinggi dan rata sehingga x dapat menampung berat badan
  • Kulit kaki terlalu kering
  • Kerap berjalan
  • Sensitif pada lantai simen / jubin @ mozek

Terdapat juga petua-petua yang bel nak kongsikan dengan korang.


  • Petua 1 : Basuh kaki dengan air suam, lepas tu masukkan garam ataupun asam jawa kemudian rendam kaki dalam air tu tadi. Lap kaki menggunakan kain kering. Amalkan 4 kali seminggu.

  • Petua 2 : Hiris kulit betik dan ambil getah daripada kulit betik tu, sapu pada tempat yang yang merekah tu. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas kaki, Amalkan 2 kali seminggu.

Tapi Bel ni kan malas sangat nak guna benda mcm ni, sebab habis kelas memang penat. So, Bel guna ni je. lebih cepat dan boleh dibawa kemana - mana je..


Ni la Bel guna... Herbal Blend  

Herbal Blend ni kira krim serbaguna. Disamping boleh merawat tumit kaki merekah, ia boleh merawat ruam di badan, gatal2 dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Bestnya Herbal Blend ni ia bebas dari PARABEN. 




Perubahan selepas menggunakan Herbal Blend





Ia juga boleh dijadikan losyen untuk kegunaan harian.






Ini merupakan kebaikan Herbal Blend 


Harga untuk Herbal Blend ni hanya RM 29.15 je. Sangat berbaloi dan boleh diguna untuk jangka masa yang panjang sebab kita pakai ni sikit je pun dah berkesan.


Bel pasti korang pun pasti teruja sebab Herbal Blend ni mampu menyelesaikan masalah korang. Hubungi Bel untuk maklumat lanjut.








   

Saturday 15 August 2015

Cara Hilangkan Parut

Hi semua.. Selamat berhujung minggu. Hari ni Bel bersyukur kepada tuhan kerana diberi peluang melihat dunia dan berpeluang menulis untuk pembaca blog Bel ni. Hari ni Bel nak ceritakan tentang PARUT. Ada apa dengan PARUT?


Bila sebut tentang parut ni, ramai yang bingung nak guna apa untuk membuang parut ni. Parut yang paling kita tak suka nak tengok bila ia nya ada kat muka, lengan dan kaki. Boleh dikatakan seluruh badan la tak suka berparut kan? Kira  ya macam ni la keadaan yang kita tak suka kan??


 




Pelbagai petua ataupun cara yang kita boleh guna untuk membuang parut ni. Bel ingin kongsikan beberapa cara untuk membuang parut ni : 



  • Timun : Korang ambil timun dan tomato, kisarkan kedua-dua. Kemudian tapiskan kedua-dua tu tadi dan minum.Korang jangan buang tau hampas tu tadi. Hampas tu tadi korang letak la kat tempat yang berparut tu. Amalkan seminggu sekali, memang akan nampak kesannya.

  • Lidah Buaya @ Aloe Vera : ambil Lidah buaya yang segar dan bersihkan. kopek kulit dan sapukan lendir pada bahagian yang berparut. Lidah buaya ni juga sesuai untuk mengurangkan jerawat, sebab Bel dulu memang berjerawat. Bila dah guna ni nampak surut dah jerawat, yang best nye lidah buaya ni ianya sejuk bila diletak di muka. Best sangat! hehe!

  • Ubat Gigi : ok, yang ni dari zaman dulu-dulu memang dah guna. selalunya kalau melecur memang terus sapu dengan ubat gigi kan. Hehe.. ubat gigi ni juga boleh memudarkan parut. 

  • Tepung Ubi : Ambil tepung ubi bersama dengan serbuk kunyit, campurkan. Lepas tu korang sapu je kat kawasan berparut tu.

Ok.. yang tu tadi cara tradisional kata kan. tak da masa nak buat macam tu? Payah nak cari bahan-bahan yang Bel bagi tu? Nah.. Bel bagi benda yang memudahkan korang....

Taaaaaaaaddddddddddaaaaaaaaaaa.................................


Vit E dari Shaklee





Ini merupakan kandungan yang ada dalam Vita-E Complex Shaklee


selain daripada tu, banyak juga peranan Vita-E Complex ni.


Nak tahu harga nya??

Vita-E Complex : RM 157.94 (120 Kapsul)

120 kapsul = TAHAN 4 Bulan???? Wow! dengan harga macam boleh tahan lamanya makan Vita-E Complex ni dan yang pasti semua suplemen dari Shaklee ianya SELAMAT dan bebas dari bahan kimia.

So, apa tunggu lagi? Hubungi Bel untuk dapat Harga Kasih Sayang.









Wednesday 12 August 2015

Cara Atasi Migrain

Hi! bersua kembali. Mendung di petang hari ni pandai mencurah-curah pulak idea Bel. Hari ni Bel nak bagitau cara mengatasi migrain.

Setiap orang pasti akan mengalami sakit kepala. Kadang-kadang kita akan mengalami sakit pada keseluruhan kepala, ada juga mengalami sebahagian daripada kepala kita yang biasanya kita panggil Migrain. Kita ketahui dulu antara sebab-sebab korang slalu rasa pening kepala ataupun Migrain.




Antara Sebab-sebab mengalami Migrain

1. Pola Makanan dan Minuman

Contoh makanan yang boleh menjurus ke arah Migrain adalah :
  • Keju
  • Makanan masam seperti jeruk
  • Kacang
  • Kafein yang berlebihan 
  • Alkohol

 2. Tekanan Stres

Tekanan stres juga boleh dijadikan punca utama Migrain. individu yang tidak dapat mengatasi Stres dari segi emosi, kerja atau apa yang berlaku di sekeliling juga boleh mengakibatkan Migrain berlaku.


Cara Mengatasi Migrain

Pengambilan suplemen boleh membantu korang mengatasi migrain. Oleh itu, Bel sarankan korang ambil : 


  • B Complex

Terdapat 8 B Complex yang boleh mengatasi masalah anda selain Migrain. Dengan mengandungi B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin ia boleh diambil secara sekaligus dengan pengambilan B complex ni. Ia tiada bahan SINTETIK. Ia nya SELAMAT dan SEMULAJADI!




B Complex ni ada 120 biji dan boleh bertahan sehingga 4 BULAN!

Nak tahu harganya? Nah.. Bel bagitau je la. Harga B Complex satu botol ni hanya RM 56.98! Murah kan???? Nak kenal B complex ni dengan lebih lanjut, sebarang pertanyaan boleh la tanya kat Bel ni. Bel sedia membantu mengatasi masalah anda. 




 

Thursday 6 August 2015

Tips Menabung Cara Bel

Hi semua.. Apa Khabar? Moga semua nya sihat. Hari ni Bel nak kongsikan satu tips menabung berdasarkan pengalaman bel la. hehe.. ni boleh dikatakan cara bel menabung. (walaupun cara ni ramai yang dah cuba. hehe!!)



Bulan ni pasti ramai nak tunggu gaji.. maklum la bulan lepas ada yang terima gaji awal lagi tu kan sempena Hari Raya. Tapi ada kawan-kawan Bel terima gaji hujung bulan juga bulan lepas, tapi still juga tak dapat nak manage kewangan. So Bel plan nak share juga idea menabung Bel ni kat diaorang dan korang semua.


1. Sampul Surat

Bel menggunakan kaedah "Sampul Surat" untuk menabung ni sebenarnya.. Ada apa dengan Sampul Surat? salu nya surat yang diletak dalam sampul. Bel ni plak letak wang dalam sampul. Bel buat macam ni, setiap kali Bel terima income dari bisnes Bel dan juga Part-time job, Bel akan keluarkan semuanya dari bank. lepas tu, Bel akan tulis kat setiap sampul surat Bel tu kemana arah tuju wang dalam sampul surat tu. Sebagai contoh untuk membeli keperluan diri  dan sampul untuk petrol juga. kalau bulan tu mmg dah target nak beli barang juga letakkan ke dalam satu sampul juga. Make sure dah tahu setiap harga barang yang dibeli tu. Kemudian letak satu lagi sampul khas untuk simpanan. part sampul ni memang wajib buat tau! Simpanan tu bel akan simpan kat satu tempat, bila dah banyak baru Bel letak dalam akaun bank. Biasanya Bel akan letak dalam akaun yang Bel jarang guna dan jarang jumpa ATM dia.. hehe! Kalau tak pun letak je dalam ASNB kalau dah akhir tahun (dapat juga dividen lebih ye tak?? hehe...)

Korang labelkan setiap sampul tu berdasrkan jenis bayaran atau keperluan korang.




Korang pun boleh buat dalam bentuk botol juga. :-)



2. Tabung Duit Syiling

Simpan duit syiling ni memang dari umur 5 tahun Bel dah biasa buat sebab ibu bapa Bel memang didik adik beradik Bel untuk menabung. Terus terang Bel katakan cara Bel ni agak berkesan juga. kalau buat pembayaran dalam membeli barang kat pasar atau supermarket, kalau kat kaunter diaorang minta duit syiling untuk genapkan pembayaran kita tu, cakap je tak de. at least dari satu duit syiling kita dah boleh mula kumpul. biarpun haraga barang tu RM10.10, Bel tetap bagi RM11.00 at least dapat juga 90 sen tu. hehe!! Sekarang ni banyak Bank yang menggunakan Mesin mengira duit syiling. biasanya Bel hantar duit syiling ni dan masukkan ke dalam akaun Public Bank. Sebab kat situ kiranya tuang kan je duit syiling kat mesin tu,tak perlu asing sebab mesin tu boleh detect kita punya duit syiling tu. Letak no akaun dan terus dimasukkan kedalam akaun bank kita pada hari yang sama. Kiranya Self-Service / Layan Diri la tu. Bel pernah kumpul duit syiling dalam masa 3 bulan lebih dan semua nya RM430. Bersinar-sinar mata bila tengok duit. hehe!!


3. Kumpul Not RM5

Biasa nya nak simpan duit lain agak sukar sebab kita akan selalu tengok kan? contoh nya RM1 memang payah la nak simpan. haha! Tapi dengan not RM5 Bel akan sentiasa simpan bila ada kat dompet Bel. Not RM5 ni bila simpan banyak2 macam seronok la pulak. Pantang tengok not RM5 terus simpan kat satu tempat. Biasanya bel akan buat tabung khas untuk not RM5.



So, sampai ni je Bel nak share kat korang semua tips menabung. kot2 berkesan la ye tips ni kat korang semua. hehe! ye la kan tak la kita pokai sangat kalo dalam situasi sekarang ni yang lama nak tunggu gaji ni, boleh la guna simpanan tu sikit tapi jangan sampai boros. Sekarang ni memang perlu buat simpanan, untuk masa depan. Semoga lebih berjimat cermat. Biar gaji kita sikit, asalkan ada menyimpan. Selamat Menabung!


Tuesday 28 July 2015

Homemade Popia Nestum by Bella Cookies

Hello semua! Hari ni Bel nak buat promo sikit. Sekarang ni Bel ada buat Cookies sendiri iaitu Bella Cookies. Bel buat Popia Nestum & Popia Ayam. 

Nak cerita sikit juga.. hehe.. beberapa minggu sebelum Hari Raya hari tu memang tak cukup tangan buat hampir 150 balang untuk Popia Nestum. Ada customer tu order sampai 10 balang sekali... nasib baik banyak ready stock. So ringan la sikit kerja. 

setakat ni diaorang bagitau Popia Nestum yang bel buat ni memang lain dari yang lain. Memang rasa dia SEDAP sangat! Ramuan popia itu bukan bel beli 'instant', Bel buat sendiri ramuan tu.  inti yang padat  hinggakan ada customer yang boleh habiskan 1 balang besar tu sorang2 dalam masa sehari.. Bel sendiri pun macam tak percaya. 

ok la..Bel bagi korang tengok dlu saiz balang yang korang nak...




Yang ni pulak untuk Popia Ayam dengan inti yang PADAT!


Popia Ayam : RM 0.50 sebiji

Now, Bel nak bagitau dari segi penghantaran pulak. Penghantaran ke Semenanjung hanyalah untuk Popia Nestum. Ye la.. kalau Popia Ayam2 kot2 sampai sana inti dah tak ok. Popia Ayam akan di buat penghantaran paling jauh pun Miri, Sarawak. Dari segi caj penghantaran ia bergantung dengan kuantiti yang korang beli, yang ni kira boleh bawa berbincang, lagi banyak beli, lagi banyak la less Bel bagi kat korang. Hehehe!!

Popia Nestum Bel tu dah sampai kat KL, Melaka dan Johor da... Memang rasa bersyukur juga sebab customer dari sana percaya dengan Bella Cookies ni, siap diaorang offer diri nak jadi pengedar Popia Nestum Bel ni. Bersyukur sangat2. 

So, apa tunggu lagi? Sekali cuba pasti nak lagi, usah ragu2 yang pasti Bella Cookies ni HALAL.  Hubungi saya 014-9942176  untuk membuat tempahan. 


Monday 27 July 2015

Tips Mendapatkan Berat Badan yang Ideal

Hi semua! Apa khabar? Tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi yang menyambut. Cuti yang panjang pasti seronok kan?

Dalam keseronokan tersebut pasti ada yang sekarang ni risau dengan berat badan sendiri setelah behempas pulas katakan menjamah pelbagai juadah semasa Hari Raya kan? hehe... ni nak tunjuk dulu makanan yang boleh buat kita jatuh cinta setiap tahun.




Aduh.. sedap nya lemang, dicicah lagi dengan kuah... mak ai.. sedap nya!





Pelbagai kuih-muih yang dihidang dihadapan anda kan? tak kan tak jamah kan? lagi-lagi kalau yang dibuat sendiri.



Ni tips workout yang orang boleh ikut...

  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  2. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  3. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
  4. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  5. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  6. Look after your calories. korang harus tahu kalori makanan  untuk membakar lemak berlebihan!
  7. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar kalori berlebihan! Ini beleh membuatkan diet kita lagi senang dimana kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  8. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu.
Dari segi pengambilan makanan pula.. ni tips nya...

  1.  Sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.
  2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.
  3. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tu terus masuk tidur.
  4. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan.
  5. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.
  6. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. 
Sekarang ni jangan risau. saya akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah berat badan ini. yang pasti suplemen yang saya cadangkan  ni adalah Natural dan bebas dari bahan kimia. Disamping membuat 'workout' dan pengawalan pengambilan makanan, korang perlu juga mengambil suplemen untuk meningkatkan lagi keberkesanan anda dalam mengurangkan lebihan berat badan. kelebihan suplemen ni juga anda boleh ambil lebih dari sebulan dengan harga yang sangat berpatutan.

Lepas ni boleh la korang ambik makanan yang korang suka. Asalkan korang ambik suplemen dulu sebelum makan supaya suplemen dalam badan korang tu boleh mengawal selera makan korang. hehe...  Jangan segan, jangan malu nak hubungi saya dan mengetahui suplemen yang saya cadangkan ni. 



Wednesday 6 May 2015

Cara Mendapatkan Vitamin Percuma

Hi...Apa khabar semua? Sekian lama tidak bersua,hatiku rindu...hehehhee...cewahh,macam lirik lagu Darah Muda la pulak... Seperti biasa Bel inginkan kongsikan tentang vitamin Shaklee... Shaklee sekarang nie dah menjangkau usia 100 tahun...satu tempoh yang sangat panjang kan? Betapa besarnya vitamin Shaklee nie dimata dunia...

Sempena sambutan ke 100 tahun Shaklee nie, Shaklee ingin menghadiahkan vitamin percuma kepada setiap korang yang mendaftar sebagai ahli Shaklee.

              Ini merupakan "Nota Cinta" dari Shaklee

Dengan setiap pembelian daripada Shaklee anda sudah layak mendapatkan vitamin nie secara percuma dengan harga bermula dari Rm40 je... Nak tau harga ahli tak? Bayaran harga sebagai ahli Shaklee hanya Rm90 je,yang paling best nya tak perlu 'renew' hanya bayar sekali untuk seumur hidup.. 

Memandangkan kos taraf hidup kita sekarang nie yang meningkat,dengan menjadi ahli Shaklee kita mampu menambah sedikit pendapatan sampingan dan jangan hairan dengan berkat usaha ia mampu menjadi pendapatan tetap kita tau.. So?apa tunggu lagi,daftar la sebagai ahli Shaklee.

     Ini saja informasi yang Bel dapat berikan untuk entri kali ini iaitu Cara - cara untuk mendapatkan supplemen percuma. sudah ada rasa berminat  tu, jgn tunggu lama-lama, cepat-cepat daftarkan diri anda sebagai ahli biarpun ianya untuk pembelian sendiri. Kebaikannya anda akan rasa sendiri. Hubungi Bel dan Bel akan  uruskan pendaftaran keahlian anda hari ini ! 





Friday 17 April 2015

Cara Stabilkan Hormon


Salam sejahtera. Entry Bel hari ni agak menarik iaitu cara menstabilkan hormon. Hal ini sering dikaitkan dengan wanita.


Perasaan takut? Risau? Bingung? 

Pada tahun lepas, berdasarkan pengalaman Bel sendiri, Bel mengalami masalah kitaran haid yang sangat tidak stabil. kadang-kadang bel sampai tak datang haid selama 6 bulan dan ini sangatla merbahaya dan bila dah 'datang bulan tu, rasa nya memang la sakit dan Bel mempunyai masalah Senggugut yang sangat teruk sampai payah nak bangun. 

Bila dah tak tahan dengan masalah macam ni, Bel pergila jumpa dengan doktor pakar. Doktor pakar bagitau yang Bel ni mengalami masalah berat badan yang berlebihan (maklumla Bel ni terlampau comel dulu. hehehehehhe) dan emosi Bel pun tak berapa stabil pada masa tu disebabkan Bel sibuk dengan kerja dan tugasan yang hendak dibuat.

Jadi Bel cuba la cari penyelesaian hingga la Bel jumpa dengan kawan Bel ni yang sebelum Bel bergiat aktif dengan Shaklee ni dia perkenal kan GLA COMPLEX dari Shaklee dengan Bel hingga menyebabkan Bel "jatuh cinta" dan menjadi salah seorang pengguna setia GLA COMPLEX ni. 


GLA COMPLEX  diperbuat secara semulajadi tanpa bahan kimia

Persoalan nya sekarang ramai yang masih keliru tentang GLA Complex dan Evening Primose Oil (EPO). Apa kaitan kedua-duanya? Sebenarnya, dalam Evening Primrose Oil (EPO) itu ada GLA (GAMA LINOLEIK ACID). GLA merupakan bahan binaan bagi PROSTAGLANDIN, yang merupakan bahan HORMON dalam badan. Jadi sebab itulah Gama Linoleik Acid ni bagus untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan, terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil ataupun disebabkan menopaus.

 Tetapi ramai yang tidak tahu dalam MINYAK BORAGE juga ada GLA. Malah, ia mengandungi lebih dari kandungan dua kali ganda GLA dalam EPO. Minyak Borage juga adalah tiga kali ganda lebih mudah diserap oleh badan (bioavailability) dan tiga kali lebih berkesan daripada EPO. Oleh sebab itu, GLA COMPLEX SHAKLEE menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya. Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik OMEGA-6. Shaklee mengestrak GLA dari Borage yang ditanam secara organic dikawasan Sakatchewan.

10 Peranan Utama GLA COMPLEX


1. HERBA TRADISI YANG DIPERCAYAI

Borage adalah herba kegemaran orang barat.. Ianya merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2 MENGAWAL SELIA ESTROGEN & TESTOSTERON

 GLA membentuk prostaglandinuntuk mengawal selia hormon LELAKI dan WANITA, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, MOOD SWING, retensi air dan sakit payudara.

3. MELAMBATKAN MENOPAUS

 Memeperbaiki keadaan menopous spt HOT FLASHES, INSOMNIA, ketidakhadaman ,depresi.Pengambilan jangka panjang akan MELAMBATKAN PENUAAN, MENGETATKAN UTERUS, memberi tone kepada uterus untuk KULIT LEBIH MUDA.

4.PELANGSINGAN DAN MENGHALANG TAMBAH BERAT BADAN

 Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai berat badan cantik.

5. MEMPERBAIKI TEKSTUR RAMBUT

 Memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.

6. MENENTANG KANSER

 GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

7. MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY

 GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

8. MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT

 Ianya mengurangkan inflamasi kulit ,eczema, allergi, kagatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap.  Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yan terjadi dari RHEUMATISMA & ARTRITIS.

9. MENGHALANG KOMPLIKASI DIABETES
 Merendahkan kadar kandungan gula dalam darah, berkesan untuk DIABETES semasa hamil dan usia tua.  Meringan kan kebas dan kesakitan di sebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.

10. MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI

 Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti ARTERIOSKLEROSIS dan MYOCARDIAL INFARCTION....

 
Banyak betul manfaat GLA SHAKLEE ni kan...Baik untuk LELAKI mahupun WANITA, tak kira usia MUDA mahupun TUA...

 Memandangkan bulan April ni penuh dengan Promosi hebat dari Shaklee, GLA COMPLEX telah menjadi salah satu promosi yang hebat bulan ni disebabkan permintaan dari orang ramai.





 Saya merupakan pengedar shaklee bagi kawasan Kuching, Bau dan Unimas. Konsultasi  &  jadual pengambilan  diberi secara PERCUMA. Hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang GLA COMPLEX daripada Shaklee di talian berikut: 








Saturday 14 March 2015

Cara nak jadi Ahli Shaklee


     Hai.. apa khabar semua? setelah sekian lama Bel tak post entry sebab sibuk dengan assignment. Maklum la lumrah hidup seorang pelajar. Memandangkan hari ini Bel tak sibuk sangat.. Bel nak bagitau macam mana nak jadi salah seorang daripada ahli Shaklee atau Pengedar Sah Shaklee. 

     Ok... sekarang ni Shaklee menjadi bualan orang ramai hinggakan ramai yang membeli mengikut Set yang mereka nak dan ramai juga yang beli lagi. Daripada kita membeli lagi alangkah baiknya jika kita jadi salah seorang daripada ahli shaklee atau pengedar sah shaklee. Disamping membeli untuk diri sendiri, ia lebih jimat kerana kita dapat beli guna harga ahli dan juga dapat menjana pendapatan. walaupun pada masa yang sama ada sesetengah individu yang tidak ingin menjual produk-produk, akan tetapi setelah menjadi ahli Shaklee ni, mereka pun tak perasan yang tiap bulan diorang dapat BONUS daripada Shaklee tau dengan hanya membeli supplement Shaklee untuk keperluan diri.



     Sekarang ni, Bel nak terangkan ...

 (a) Macam mana nak daftar Sebagai Ahli Shaklee? dan berapakah bayaran untuk pendaftaran sebagai Ahli Shaklee?

(b) Apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee?

(c) Ada apa dengan Bonus Shaklee?

     


(a) Macam mana nak daftar sebagai Ahli Shaklee?


     Bayar yuran keahlian adalah sebanyak RM65 beserta caj pos mengikut kawasan anda. Untuk semenanjung RM10, Sabah dan Sarawak sebanyak RM 20. Selepas pembayaran, Bel akan daftarkan anda secara online.(hanya menggunakan teknologi sekarang je bila mendaftar)  Dalam 2-4 hari bekerja, member kit akan dihantar pada anda mengikut alamat yang diberi.  Sangat cepat dan pantas kan? Dalam masa yang sama,  Bel akan berikan login ID dan password anda untuk akses ke akaun Shaklee online anda dan tahniah! anda sudah menjadi ahli keluarga Shaklee sekarang !



(b) Apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee?

 

 # Dapat Harga Ahli


     Apabila  dah jadi ahli Shaklee, automatik kita akan dapat harga ahli. Beza harga ahli dan harga runcit biasanya 20-30%. Jadi disini kita dah save. Bel tahu, ramai juga yang bukan ahli tapi dapat beli pada harga ahli daripada pengedar, malah ada dapat harga lagi rendah daripada harga ahli ! Buat pembeli saya nak pesan berhati-hati ya, kadang kala harga rendah ni mungkin sebab vitamin tersebut sudah melebihi tarikh luput (expired). sekarang ni pun sesetengah daripada pengedar shaklee yang mengatakan "konsultasi dan jadual pengambilan diberi secara percuama" tetapi selepas pembelian dibuat, segala cara pengambilan dan cadangan tidak diberikan dan  pembeli diminta untuk merujuk  pada label dan dia lari begitu sahaja.  Sebenarnya setiap vitamin ada cara makan yang berbeza-beza.  Bahaya kalau makan tak ikut aturan sebenar, jadi berhati-hati dengan tawaran  murah dan promosi 'durian runtuh'.
     Bel ingin tekankan disini bahawa  Shaklee sekarang dah semakin tegas. Harga ahli HANYA untuk ahli sahaja. Kalau Shaklee dapat tahu mana-mana pengedar yang menjual lebih rendah dari harga pengedar (harga ahli), keahlian anda akan digantung dan kemungkinan besar terus dibuang. so, berhati-hati la ye, fikir dulu sebelum bertindak. 

# Beli Produk Shaklee Secara 'Online'.

    Beberapa tahun lepas, Shaklee telah meningkatkan lagi dengan sistem pesanan secara 'online'. Jadi kita boleh buat tempahan  hanya dalam talian dihujung jari. Tak perlu nak pergi ke branch lagi. Kiranya Shaklee buat ni untuk jimatkan masa pengedar-pengedar. Jadi jimat masa, tenaga, minyak, tol untuk kereta kita. Bukan setakat order online, nak buat pendaftaran ahli pun online, nak cek bonus, pengiraan UV (point) semuanya secara online. Malam-malam pun boleh order. Mudahkan ! Tak ada sebarang masalah.

# Peluang Bisnes

     Bila dah jadi ahli ni peluang untuk berniaga pun terbuka luas. Shaklee menawarkan imbuhan yang menarik berdasarkan usaha yang kita lakukan. Makin kuat kita usaha semakin besar la ganjarannya. dalam Shaklee ni tiada istilah orang atas 'goyang kaki, orang bawah kerja teruk'. Pandangan tu memang SALAH sama skali. Insentif diberi berdasarkan usaha masing-masing. Jika berada di atas sekalipun kalau tanpa usaha memang tak ada ganjarannya dan jangan hairan kalau irang yang berada dibawah boleh naik daripada anda yang diatas. itu semua adalah USAHA.

 (c) Ada Apa dengan Bonus Shaklee?

     Shaklee telah menyediakan pelbagai jenis bonus khas buat pengedar-pengedar Shaklee yang mempamerkan usaha mereka. Dibawah ni merupakan bonus-bonus yang ditawarkan oleh Shaklee.
       (i) Cash - bonus tunai bulanan
      (ii) Car Bonus - dapat kereta baru atau buat bayaran pada kereta yang sedia ada.
     (iii) Convention - percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya 100%                ditanggung oleh Shaklee. Kita datang bawa badan sahaja termasukla Pakej Umrah (khas untuk             Pengedar Shaklee yang beragama Islam).

 Ini merupakan antara kelebihan-kelebihan menjadi Ahli ataupun Pengedar Sah Shaklee.

     Ini saja informasi yang Bel dapat berikan untuk entri kali ini iaitu langkah - langkah bagaimana nak menjadi ahli shaklee , kelebihan menjadi Ahli Shaklee dan juga Bonus yang diperoleh setelah menjadi ahli Shaklee. sudah ada rasa berminat  tu, jgn tunggu lama-lama, cepat-cepat daftarkan diri anda sebagai ahli biarpun ianya untuk pembelian sendiri. Kebaikannya anda akan rasa sendiri. Hubungi Bel dan Bel akan  uruskan pendaftaran keahlian anda hari ini !