Thursday 6 August 2015

Tips Menabung Cara Bel

Hi semua.. Apa Khabar? Moga semua nya sihat. Hari ni Bel nak kongsikan satu tips menabung berdasarkan pengalaman bel la. hehe.. ni boleh dikatakan cara bel menabung. (walaupun cara ni ramai yang dah cuba. hehe!!)



Bulan ni pasti ramai nak tunggu gaji.. maklum la bulan lepas ada yang terima gaji awal lagi tu kan sempena Hari Raya. Tapi ada kawan-kawan Bel terima gaji hujung bulan juga bulan lepas, tapi still juga tak dapat nak manage kewangan. So Bel plan nak share juga idea menabung Bel ni kat diaorang dan korang semua.


1. Sampul Surat

Bel menggunakan kaedah "Sampul Surat" untuk menabung ni sebenarnya.. Ada apa dengan Sampul Surat? salu nya surat yang diletak dalam sampul. Bel ni plak letak wang dalam sampul. Bel buat macam ni, setiap kali Bel terima income dari bisnes Bel dan juga Part-time job, Bel akan keluarkan semuanya dari bank. lepas tu, Bel akan tulis kat setiap sampul surat Bel tu kemana arah tuju wang dalam sampul surat tu. Sebagai contoh untuk membeli keperluan diri  dan sampul untuk petrol juga. kalau bulan tu mmg dah target nak beli barang juga letakkan ke dalam satu sampul juga. Make sure dah tahu setiap harga barang yang dibeli tu. Kemudian letak satu lagi sampul khas untuk simpanan. part sampul ni memang wajib buat tau! Simpanan tu bel akan simpan kat satu tempat, bila dah banyak baru Bel letak dalam akaun bank. Biasanya Bel akan letak dalam akaun yang Bel jarang guna dan jarang jumpa ATM dia.. hehe! Kalau tak pun letak je dalam ASNB kalau dah akhir tahun (dapat juga dividen lebih ye tak?? hehe...)

Korang labelkan setiap sampul tu berdasrkan jenis bayaran atau keperluan korang.




Korang pun boleh buat dalam bentuk botol juga. :-)



2. Tabung Duit Syiling

Simpan duit syiling ni memang dari umur 5 tahun Bel dah biasa buat sebab ibu bapa Bel memang didik adik beradik Bel untuk menabung. Terus terang Bel katakan cara Bel ni agak berkesan juga. kalau buat pembayaran dalam membeli barang kat pasar atau supermarket, kalau kat kaunter diaorang minta duit syiling untuk genapkan pembayaran kita tu, cakap je tak de. at least dari satu duit syiling kita dah boleh mula kumpul. biarpun haraga barang tu RM10.10, Bel tetap bagi RM11.00 at least dapat juga 90 sen tu. hehe!! Sekarang ni banyak Bank yang menggunakan Mesin mengira duit syiling. biasanya Bel hantar duit syiling ni dan masukkan ke dalam akaun Public Bank. Sebab kat situ kiranya tuang kan je duit syiling kat mesin tu,tak perlu asing sebab mesin tu boleh detect kita punya duit syiling tu. Letak no akaun dan terus dimasukkan kedalam akaun bank kita pada hari yang sama. Kiranya Self-Service / Layan Diri la tu. Bel pernah kumpul duit syiling dalam masa 3 bulan lebih dan semua nya RM430. Bersinar-sinar mata bila tengok duit. hehe!!


3. Kumpul Not RM5

Biasa nya nak simpan duit lain agak sukar sebab kita akan selalu tengok kan? contoh nya RM1 memang payah la nak simpan. haha! Tapi dengan not RM5 Bel akan sentiasa simpan bila ada kat dompet Bel. Not RM5 ni bila simpan banyak2 macam seronok la pulak. Pantang tengok not RM5 terus simpan kat satu tempat. Biasanya bel akan buat tabung khas untuk not RM5.



So, sampai ni je Bel nak share kat korang semua tips menabung. kot2 berkesan la ye tips ni kat korang semua. hehe! ye la kan tak la kita pokai sangat kalo dalam situasi sekarang ni yang lama nak tunggu gaji ni, boleh la guna simpanan tu sikit tapi jangan sampai boros. Sekarang ni memang perlu buat simpanan, untuk masa depan. Semoga lebih berjimat cermat. Biar gaji kita sikit, asalkan ada menyimpan. Selamat Menabung!


No comments:

Post a Comment