Tuesday, 28 July 2015

Homemade Popia Nestum by Bella Cookies

Hello semua! Hari ni Bel nak buat promo sikit. Sekarang ni Bel ada buat Cookies sendiri iaitu Bella Cookies. Bel buat Popia Nestum & Popia Ayam. 

Nak cerita sikit juga.. hehe.. beberapa minggu sebelum Hari Raya hari tu memang tak cukup tangan buat hampir 150 balang untuk Popia Nestum. Ada customer tu order sampai 10 balang sekali... nasib baik banyak ready stock. So ringan la sikit kerja. 

setakat ni diaorang bagitau Popia Nestum yang bel buat ni memang lain dari yang lain. Memang rasa dia SEDAP sangat! Ramuan popia itu bukan bel beli 'instant', Bel buat sendiri ramuan tu.  inti yang padat  hinggakan ada customer yang boleh habiskan 1 balang besar tu sorang2 dalam masa sehari.. Bel sendiri pun macam tak percaya. 

ok la..Bel bagi korang tengok dlu saiz balang yang korang nak...




Yang ni pulak untuk Popia Ayam dengan inti yang PADAT!


Popia Ayam : RM 0.50 sebiji

Now, Bel nak bagitau dari segi penghantaran pulak. Penghantaran ke Semenanjung hanyalah untuk Popia Nestum. Ye la.. kalau Popia Ayam2 kot2 sampai sana inti dah tak ok. Popia Ayam akan di buat penghantaran paling jauh pun Miri, Sarawak. Dari segi caj penghantaran ia bergantung dengan kuantiti yang korang beli, yang ni kira boleh bawa berbincang, lagi banyak beli, lagi banyak la less Bel bagi kat korang. Hehehe!!

Popia Nestum Bel tu dah sampai kat KL, Melaka dan Johor da... Memang rasa bersyukur juga sebab customer dari sana percaya dengan Bella Cookies ni, siap diaorang offer diri nak jadi pengedar Popia Nestum Bel ni. Bersyukur sangat2. 

So, apa tunggu lagi? Sekali cuba pasti nak lagi, usah ragu2 yang pasti Bella Cookies ni HALAL.  Hubungi saya 014-9942176  untuk membuat tempahan. 


Monday, 27 July 2015

Tips Mendapatkan Berat Badan yang Ideal

Hi semua! Apa khabar? Tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi yang menyambut. Cuti yang panjang pasti seronok kan?

Dalam keseronokan tersebut pasti ada yang sekarang ni risau dengan berat badan sendiri setelah behempas pulas katakan menjamah pelbagai juadah semasa Hari Raya kan? hehe... ni nak tunjuk dulu makanan yang boleh buat kita jatuh cinta setiap tahun.




Aduh.. sedap nya lemang, dicicah lagi dengan kuah... mak ai.. sedap nya!





Pelbagai kuih-muih yang dihidang dihadapan anda kan? tak kan tak jamah kan? lagi-lagi kalau yang dibuat sendiri.



Ni tips workout yang orang boleh ikut...

  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  2. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  3. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
  4. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  5. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  6. Look after your calories. korang harus tahu kalori makanan  untuk membakar lemak berlebihan!
  7. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar kalori berlebihan! Ini beleh membuatkan diet kita lagi senang dimana kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  8. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu.
Dari segi pengambilan makanan pula.. ni tips nya...

  1.  Sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.
  2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.
  3. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tu terus masuk tidur.
  4. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan.
  5. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.
  6. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. 
Sekarang ni jangan risau. saya akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah berat badan ini. yang pasti suplemen yang saya cadangkan  ni adalah Natural dan bebas dari bahan kimia. Disamping membuat 'workout' dan pengawalan pengambilan makanan, korang perlu juga mengambil suplemen untuk meningkatkan lagi keberkesanan anda dalam mengurangkan lebihan berat badan. kelebihan suplemen ni juga anda boleh ambil lebih dari sebulan dengan harga yang sangat berpatutan.

Lepas ni boleh la korang ambik makanan yang korang suka. Asalkan korang ambik suplemen dulu sebelum makan supaya suplemen dalam badan korang tu boleh mengawal selera makan korang. hehe...  Jangan segan, jangan malu nak hubungi saya dan mengetahui suplemen yang saya cadangkan ni.